Thursday 29 December 2011

Jangan Cakap Korang Tak Pernah Main Game Ni

Assalamualaikum


Hai semua. Sekarang ni study week tapi semakin galak meng-update blog. Release tension lah katakan. Padahal tak tension pun. 


Okay, study week dan exam bukanlah topik utama pada hari ini. Topik hari ni ialah game yang tak asing lagi bagi rakyat semua. Tak lain tak bukan...









Drum roll please







ZUMA




What? Tak tau Zuma tu apa? For real?






Biar betul !


Serius korang tak tau?


Si Bibir pun terkejut


Isy. tak tau nak kata apa dah.






Kesian. So psychopathic pathetic. Nak je aku panggil golongan-golongan ni sebagai golongan luar biasa. Tapi panjang sangat so aku panggil golongan LB je. Biar betul korang ni. Habis tu korang main game apa? Cityville? Petville? Pet Society? Sims Social? Hotel City? Zoo Paradise? 



HAHA Game FB belaka.Apa class. Sebenarnya aku rindu saat-saat main those games dulu.Best. Memang best. Best giler giler.Tapi masa tak mengizinkan. Isk. 

Aku memang suka main Zuma. Zuma macam ada nicotine yang membuatkan aku addicted dan tak boleh berhenti kalau dah start main. Dah habis satu level, jangan harap la aku nak berhenti. Tak kasi can kat orang lain. Tapi nak kata aku ni terer sangat tak la jugak. Kadang-kadang aku perasan syok sendiri yang aku ni terer tapi bila tengok kakak aku main... fuyoo hebat bukan main. Dah macam practice 24/7 dah. Alamak. Macam Max 24 7 la pulak. 



 Main ni pun best jugak


The Original Zuma
First zuma version yang aku main tak lain tak bukan yang katak tu. Pastu bola keluar dari mulut dia. And FYI, nama 'Zuma' tu ialah nama yang versi katak tu tapi semua versi yang berkonsepkan sama semua aku dengan sesedap rasanya panggil zuma jugak walaupun nama dia bukan zuma. Kadang-kadang tak tau pun nama sebenar dia. 

Takde la pulak game Zuma original dalam laptop aku utk di print screen.

Korang bayangkan je la.

Kesian la pulak kat golongan LB. Nak buat camne kalau korang nak tengok jugak usaha sendiri lah ye. Man jadda wajada.


Luxor 
Sedap nama Luxor ni tapi kadang kadang aku terpanggil Luthor (si botak dalam Smallville). Cakap pasal Lex Luthor, aku boleh dikatakan prefer tengok dia botak compare dengan berambut. Dah terbiasa.


 Macam Zuma, Luxor pun berkonsepkan purba jugak dan aku suka bunyi masa kita kutip duit dan gems yang jatuh tu. Bunyi dia macam bunyi duit. (memanglah). Tapi kadang-kadang gambar orang purba ni seksi sangat. Terganggu konsentrasi aku. 






Tak suka gambar burung ke hapa ntah yang kat penjuru kiri kanan pic ke2.
Agak scary di situ.




Pirate Poopers
Tengok nama pun dah tau. Konsepnya ialah pirate. Sesuai dimainkan oleh peminat Pirates of the Caribbean ataupun One Piece. yang tak minat tengok cite2 tu pun boleh. Jangan hesitate untuk main. Agak susah jugak la berbanding Luthor sebab lane dia bagai ular kena palu. Tapi alah bisa tegal biasa. Lama-lama main jadi immune. Bangga cikgu BM aku.






Nasib baik takde gambar2 yang sensored kat game ni.



Karu
Okay yang ni aku admit nama game dia memang pelik. Kelakar. Geli telinga aku dengar. Sikit lagi nak bernanah. Karu? Kala Haru takpe la jugak. Kenapa tak Paru terus? Garu ke..
Tapi jangan main main. Don't judge the game by its name. This game is a little bit different. Kinda hard I think. Aku tak start main lagi tapi dah try main sikit-sikit. Terkojot daku. 




Grafik dia pun agak lame. Pandang sebelah mata je.

But look here!

Apa yang aku suruh tengok? Tengok la bola biru yang jatuh dari awan nano tu. Ya, bola tu jatuh dari atas. Menarik kan? Jangan teruskan baca post ni selagi korang tak jawab 'A'ah la. Menarik!'

It means we need to have our fingers in too many pies. Bangga cikgu BI aku. Kena tangkap bola dah satu hal, pastu kena matchkan bola-bola kat bawah tu pulak in order to break them. Ish ish ish. Mencabar betul. Aku agak respek la juga kat orang yang create game ni. Okay fine. Aku MEMANG respek. 




Butterfly Escape

Mula-mula aku main aku cakap. " Wah, sungguh cute game ini. Ada pepatung yang menari nari setelah selesai satu level. Ada pula makhluk seperti burung (tapi bukan burung i guess) yang terkedek-kedek tolak bola-bola. Eh, eh burung tu lari terkedek-kedek pulak bila dikejar. Cute habis." Tapi honestly, takde la cute sangat burung tu.HAHA. Btw, aku panggil burung tu burung je la senang cite.





 Cuba tengok burung tu. Bukan burung kan? Kan?

Yang peliknya, tang mana pulak butterfly nya? Nama game Butterfly Escape tapi tak nampak pun butterfly. Sebenarnya ada tapi kena kurung. So misi kita adalah untuk lepaskan rerama tu. Ohhhhhhhhhhhhhhh yes, dan melalui game ni, kita dapat info tambahan sikit pasal trivia n jenis2 rerama all over the world. Ada description pasal setiap rerama yang kita bjaya lepaskan. Tapi aku biasanya skip je part tu.

Yang sedihnya, aku tak lepas level 15-6. Susah..... 32 kali aku main level tu. Tak tipu. Aku kira tau.




Ghost Frenzy
Bila aku  main Butterfly Escape aku ingatkan itulah the cutest Zuma version. Yeah it maybe kinda cute (except the bird) but it cannot beat this one. Danny Phantom! The cutest thing is the way Danny shoot the ghosts. Hantu-hantu tu pun cute jugak. Bunyi dia pun cute. Hik hik. TAPI TAPI TAPI susah jugak game ni. Sebab apa? Sebab bola dia bukan bola tapi hantu. Hantu-hantu ni boleh jadi invisible bila sampai kat lane region tertentu. Nasib baik cute.






 Cute kan? Kaki tak boleh bla. Gaya tu penting.




Yatta! Tu je untuk kali ni. Sebenarnya ada lagi satu versi. Nama game diaTumblebugs kalau tak silap aku. Tapi aku tak pernah main. Dan aku percaya ada banyak lagi versi tapi aku je tak tau. 
Kalau korang tau bagitau la aku tapi kalau dah rasa macam malas nak bagitau aku, korang buat buat macam korang tak tau je la. Aku bukannya tau pun yang korang buat buat tak tau. Melainkan korang bagitau aku dan admit sendiri yang korang pura pura tak tau. 


Aha, game-game ni available dalam laptop aku kecuali Zuma Original Version . Mostly aku amik dari kakak aku dan budak ni. Memang kaya dengan game diorang ni.




HAHA. Memang aku suka buat entry pasal benda yang aku suka. Nak buat camne,blog aku. Suka hati aku la.


Sekian.




1 comments:

farz zull said...

wahhh, best2...cheq minat gak main zuma & luxor...:)

nice info pasal games, will try some others lepas final ni...ngehehee

Post a Comment

Powered by Blogger.