Saturday 25 February 2012

Aku Orang Pertama yang Tengok Video Terbaru Mat Luthfi! WOWW!!

0 comments
Assalamualaikum

Tengok balik tajuk entry tu. Ini betul. Aku tak menipu. Ini bukti yang aku dah print screen.

Tajuk Vlog tu lalang

Oh ya. Aku bukan nak menunjuk. Aku just nak tunjuk je. *____* heee




Korang pernah ke macam ni? Haha begitu riaknya aku.




Time tu aku terkejut gila. Dah rasa macam aku mengalahkan kipas-susah-mati tegar mat luthfi dah. Biar betul aku orang 1st (kedua selepas mat luthfi) yg tengok vid ni ? Hontoni?? Hontoni honto??

Kepada kipas-susah-mati tegar mat luthfi tolong jgn jeles. Tu la lain kali alert sikit ngn update terbaru matluthfi. Pfff... Ya memang melalut sebab aku tak tau nak tulis apa.

Nak dijadikan cerita, aku terkejut sangat sampaikan aku tertekan button print screen. Kemudian aku menatap page itu.

But then,

but then,

I've been tricked!

Sebenarnya uploader tu ialah matluthfi09 bukan matluthfi90. Siap kau matluthfi09.

Bila aku bukak vid yang matluthfi90 upload, aku orang yang ke 300,000+++. Hambik kau. Takyah perasan  kipas-susah-mati lah. 1st viewer apatah lagi. Haptui.

Apa-apapun, dah tengok video lalang tu?

Sunday 19 February 2012

Who Is Your Idol?

1 comments
Assalamualaikum

Victim : piffe again

This test tells u the one who has the qualities u wish u had. Or simply your IDOL.




Ready?


  1. Pick yr favourite number between 1-9
  2. Multiply by 3
  3. Add 3, then again multiply by 3 (I'll wait while u get the calculator)
  4. U'll get a 2 or 3 digit number..
  5. Add the digits together

Now scroll down


With that number see who your IDOL:


1.Barack Obama

2.Tun Abdul Razak

3.Park Jun Suung

4.Bill Gates

5.Gandhi

6.Brad Pitt

7.Sakaki Makio

8.Nelson Mandela

9.Owner of Paradox.com

10.Einstein


So, tell me who is your idol.

HAHHAHAAHAHAHAH

Me? U've got to be kidding!










Thursday 16 February 2012

Sungguh Cemerkap!!!

0 comments
Assalamualaikum

Dulu (sekarang pun sama sebenarnye) aku selalu tengok cite omputih kat channel AXN. Ada 1 benda yang menarik perhatian aku bila baca subtitle dia. Perkataan cemerkap. Banyak kali pulak tu pkataan ni ada. Kalau sikit sikit takpe la jugak. Tensen aku.

Of course la aku tak paham maksud cemerkap tu. Kalau tak buat apa aku tensen. Ingat aku saja2  je ke nak tensen-tensen? Tak baik untuk kesihatan tau tak.

So semalam aku cari dalam kamus maksud pkataan cemerkap. Kamus online la for sure. Aku takde la rajin sangat nak tengok kamus.

Ye, tau. Tak nampak. Sila klik untuk tumbesaran.


Maksud cemerkap: tidak cekap (dalam melakukan sesuatu pekerjaan dll), kasar, kelalaian

Baru aku tau. 

Pengajarannya, kalau tak tau maksud pkataan cepat2 la cari dalam kamus. Kalau tak, anda tpaksa menanggung tensen bpanjangan.



Cerpelai. Aku kagum ngan cerpelai. Wow


For unknown reason, aku terbayang makhluk ni setiap kali aku sebut perkataan cemerkap dalam hati.  

Wednesday 15 February 2012

Wordless Wednesday: Inspired from Neil Bunchanan

0 comments
Assalamualaikum


Monday 13 February 2012

BOFVSHYD

2 comments
Assalamualaikum


Sebenarnya memang dah lama aku nak cakap pasal ni. Sebelum aku ada blog lagi. Then, bila dah wujud blog ni, lupa pulak dah. Sekarang dah ingat balik. Itupun lepas aku terbaca status ni kat facebook.



Okay. First skali, no offense ye. Entry ni based on pendapat aku je. Kalau x setuju boleh blah. layangkan pendapat2 korang kat blog masing2. Takpun kat wall @ timeline FB korang. Takpun korang bagitau kat sapa2 yang tengah bosan. Bagi yang suka menulis tu bolehlah luahkan isihati korang kat dalam test pad dalam kira2 2-3 page. Tulis dalam diari pun boleh. Taknak buat apa2 lagi bagus. Tak de la nak menyusahkan orang.

Cakap pasal comparison between Korea and Jepun ni, skop dia luas sesangat. So aku nak kecikkan skop ni kepada drama. Tak cukup dgn tu, aku nak kecikkan lagi kepada cite Boys over Flower/BOF (Korean) n Hana Yori Dango/HYD (Japanese).

BOF

HYD


Ya aku taw cite ni dah lama. Suka hati aku la.

Personally, I think HYD is much much better. Mula-mula aku tak taw pun HYD ni adalah BOF versi Jepun. Lepas beberapa ketika baru aku taw. Eh, macam x penting je point ni.

So, bila aku balik rumah, tengok2 dua2 versi ada kat rumah. Aku dalam dilemma. Tak taw nak tengok yang mana satu. Disebabkan dilemma yang melanda aku mengunci diri di dalam bilik. Lama jugak la aku kat dalam bilik. Sampai bersawang. Aku tak sedar pun aku dah bersawang. Akhirnya aku managed 2 make up my mind. Aku pilih HYD. Dengan aku yg tgh bersawang sawang tu jugak, aku tgk HYD.

Berikut adalah reason kenapa aku pilih HYD:
Episod yg sikit compared to BOF.
 Hehe. Sebenarnya aku check balik, lbih kurg sama je sebab HYD ada 3 seasons. 


Time aku tengok HYD, aku tak boleh stop. Best gilerrrrrrr wa cakapp luuuu… Siyes tak tipu. Drama ada, lawak ada, sedih ada, inspirational ada.. B4 aku tengok cite tu, kakak2 aku slalu la jugak dengar OST cite tu. Planetarium. Aku benci gile. Tapi sekarang ni, aku sukaaaa gile ngan lagu tu. Lagu tu mmg bukan type aku tp nak buat macam mana. Dah tersuka. Pastu kan, bila lagu tu ada kat dalam cite tu, naik bulu roma aku. Darah aku pun naik sampai ke otak. Aku dapat rasa darah aku mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala. Jantung aku pun berdetak lebih kencang seperti genderang mau perang.
Habis aku tengok HYD 1,2,3. Puas hati aku.

Korang jangan menyibuk


Lepas tu, aku tengok BOF pulak. Aku excited nak tengok sebab aku memang nak tengok pun. Pengaruh rakan sebaya lah katakan..Memang tak dinafikan la OST BOF semua lagi best. Pelakon2 pun mmg lagi kacak bergaya anggun menawan hati kalau nak dibandingkan dengan HYD. Tapi tak tau kenapa, aku tengok eps 1,2,3,4, then tertido. Overdose kot.

Aku terbangun dari tido. Aku sambung tengok episode 6. Dah habis episode 6, baru aku perasan aku x tengok episode 5. Pastu aku give up. Sampai sekarang aku tak tengok. Wakaka.

Bukan aku


Kesimpulannya, aku suka Hana Yori Dango.

N aku anti sikit ngan Boys Over Flowers. Tak menyengat jiwa aku. Tak tau la knapa. Maybe sebab aku tengok HYD dulu kot. Then bila tengok BOF, jadi bohsan. Al maklum la da taw jalan cite. Atau maybe aku pandang serong kat BOF sebab dia tiru versi  Jepun.*Sambil ketawa macam Misae.

Pic untuk korang cuci taik mata


Tapi bagi aku, aku mmg lagi prefer cite Jepun. Cite Jepun ni x meleret-leret sgt mcm Korea nun. Kalau tengok cite Jepun, mata aku melekat kat skrin laptop. Tapi kalau cite Korea, aku rasa nak skip je part2 yang x penting. Part2 flashback tringat memori lama contohnya. Buat apa nak tengok lagi sekali benda  yang dah ditengok.Tapi kalau aku tengah layan tu kadang2 aku layan sekali flashback2 tu. Layan lagu dia best jugak.

Berbalik kpd cite Jepun, ianya sangat padat. Sebab tu la mostly, episode2 diorg ciput je. 11 episod pun dah rasa byk. Actually aku agak pelik camna diorg boleh kurangkan episode, dalam masa yang sama elemen2 part tak penting yang lawak tetap ada. Thumbs up!!

Cite Korea ni aku susah sikit nak stat tengok. Panjang sangat. Agak2 kalau tgk cite Korea ni boleh dpt tgk 2 cite Jepun. Tapi kalau dah stat tengok tu, layan habis. Best best cite Korea ni kalau nak layan mood slow. Sebabnye diorg pandai main ngan emosi penonton. Cewah.

Tak macam Jepun. Korea ni, kalau orang tengok, boleh nangis. Dalam cite yang putus cinta, tapi nangis macam dia yang clash ngan pakwe dia. Bak kata orang, fail exam pun tak nangis macam tu. Sampai macam tu skali.

Lagi satu, aku hampir2 nak sepak je cite Korea ni sebab asik2 love story. Bukannye ape, tak kena dengan jiwa aku. Konon. HAHA. Cite Jepun ni variasi sikit. Macam macam ada. Watak pun macam macam ada.  Watak yang tak disangka2. Tak klise. Kreatif. Kenapa Korea asik buat cite jiwang je????? Kenapa? Kenapa? Atau maybe byk je cite yang tak jiwang diorg buat tapi tak berjaya tembus Malaysia kot. Sebab org Msia ni jiwang2 belaka.



Cite Korea asik2 ada hero ptama, hero ke2, heroin ptama, heroin ke2. Pastu mesti hero ke2 tu sgt caring n daring n charming compared dgn hero ptama. Heroin ke2 pulak lagi elegant n modern n matured compared to heroin ptama. Isk. Isk.

Tapi aku sekarang ni tgh tgk cite Shining Inheritance. Cite Korea. Cite lama kot. Jalan cite dia macam cite Melayu. Yup. Sebab tak focus sgt pasal love story. Setakat ni la. Emm tapi tpaksa stop kejap. Cuti nanti nak sambung tengok. J

Shining Inheritance.X dapat copy dalam laptop. Tu la padahnya kalau laptop full sgt dgn movie2.


Tapi dalam bab bab kehenseman kecantikan kecomelan pelakon2, for sure lah Korea menang. Tak salah lagi. Kalau nak cuci mata memang sesuai sgt la tengok cite Korea. Nak tengok pelakon laki Jepun yg betul2 boleh di-admire oleh gadis2 agak susah. Korea jugak jadi pilihan.

Klik pic ntuk tumbesaran in case kalau nak cuci mata.

Berikut adalah bbrapa pandangan orang orang orang orang related to this issue.
1.      Sorang kawan aku cakap cite Jepun macam cite Melayu. Cite Korea macam cite Indon.
2.      Salah sorang kakak aku cakap kalau tengok cite Korea kat tv, dia tak bernafas sampai lah iklan. 
3.      Sorang anynonyms cakap pelakon Jepun lebih aggressive. So, cite Jepun lebih bsemangat.
4.      Salah sorg kakak aku cakap cite Korea mmg klise. Tapi must watch.
5.      Senior aku cakap tengok cite Jepun buatkan dia berfikir. Sebab dia kata cite Jepun ni ber’otak’ sikit.
6.      Sorang kawan aku pulak cakap tengok cite Korea bagus untuk hilang stress.

Tu saje. Lantak korang la nak suka Jepun ke Korea ke. Setiap orang ada pilihan msing2. Ada aku kisah?

Lastly. Aku sekarang tengah layan Ikemen desu ne. You’re Beautiful versi Jepun.

U're Beautiful

Ikemen Desu ne. Kakak aku kutuk abis cite ni. Kecewa aku.



Suka hati aku la nak bagitau ape.   

Sebelum korang blah dari page ni, nak tanya. Sapa dapat teka ada lirik lagu apa kat dalam entry ni?
Sila teka.

All pictures credit to Google

Friday 3 February 2012

Tradition

0 comments
Assalamualaikum

Hibernate. What is hibernate?

hi·ber·nate/ˈhībərˌnāt/

Verb:
  1. (of an animal or plant) Spend the winter in a dormant state.
  2. (of a person) Remain inactive or indoors for an extended period.

The above definition is from google dictionary


P/S: I am a human. Look at second meaning if you refer the word 'hibernating' to me.




Hibernating has become a tradition for me during holiday(s). Well, I always keep myself away from others when I was a home every time there was holiday(s). Seems it quite hard for others to contact me.

Sorry my friends, I'm not intended to do so. I tell you.

It is a habit. And now become my tradition.
Lastly...


Powered by Blogger.