Saturday, 17 December 2011

First entry : Definition of Paradox


Assalamualaikum




Hai.


Merujuk kepada tajuk entry ni, Definition of Paradox sepatutnya adalah first entry aku. Tapi
disebabkan aku agak tak berapa rajin nak search pasal ni (i'm busy u know!) so, ia pun tertunda sehingga ke hari ini.

Woi, aku x tipu!!



What is paradox?
Aha, Paradox is a statement that contradicts itself or a situation which seems to defy logic.

Sini biar aku tolong translate.

Paradox ialah statement yang bercanggah tetapi mempunyai kebenaran.
Lebih kurang mcm tu la.



Rilex, kalau anda x faham, anda bukannya termasuk dalam golongan bodoh, sengal atau lampi. Tak faham tu perkara biasa dalam kehidupan.

"Aku x faham betul la dgn member aku ni, hari Jumaat pegi shopping. Takpe la kan, aku faham la dia pegi shopping sebab nak ilangkan stress. Tapi yang peliknya hari Sabtu n Ah
ad pun dia pegi shopping. Aku x faham dengan dia. Jeles betul."

"Aku x faham mengapa anjing2 kat bawah tu dok menyalak2 mcm gitu sekali sekarang ni. Ada hantu ke??"

Dua ayat kat atas tu xde kena mengena dgn maksud paradoks tapi saja je taruk sebab aku rasa aku nak mengarut pagi ni. Tapi, kalau korang xfaham jugak, korang terpaksa mengaku
yg korang ni lampi.Ya, dialog2 tu adalah contoh situasi 'x faham' dalam hidup kita.




Ok, berbalik kpd isu asal.

Biasalah tu x faham kalau xde contoh. So di sini aku bagi beberapa contoh.



Ni pun salah satu contoh jugak


1. Gajinya besar tapi hidup melarat. Apasal hidup melarat pulak kalo gaji dah besar ye tak?

2. This sentence is false. Pelik kan? Kalau ayat tu betul, maknanya ayat tu salah.So, macam mana ayat tu jadi betul kalau ayat tu sdiri yg state-kan bahawa ayat tu salah? Kalau
sentance tu salah pulak, maknanya sentence tu betul. Tapi kalau betul, salah la maknanya. * Okay, seriously aku yang pening.





Macho la konon.



3. "Hidung saya akan panjang sekarang." kata Pinokio. Kita tau kan sapa Pinokio ni. Kalau hidung Pinokio panjang lepas dia habis cakap, maksudnya dia menipu kan. Tapi, cuba fikir balik apa yg dia cakap. Dia cakap hidung dia akn panjang, and yes, betul la kan hidung dia panjang. So, dia x menipu la sebenarnya. But again, kenapa hidung dia panjang?Sebab dia menipu.

4. Takda sapa yang nk pegi kat restoren tu. Crowded sgt. Now what? Tadi kamu bilang syapa mau ke sana. Gimana pula bisa crowded? Bisa bisa aja jadik gitu..

5. I know that I know nothing. He knows something actually: he knows that he dont know anything.

6. Ayat lepas ni ditampal kat satu papan iklan : Jika anda mempunyai masalah buta huruf a.k.a x tau membaca, sila hubungi kami di talian tertera untuk mendapatkan khidmat percuma kelas membaca. Apeke sengal punya iklan. Camne org yg x tau mbaca tu nk baca iklan tu?Buat la dalam bentuk audio ke...tension aku.

7. Aku penipu. Yang ni korang fikir sendiri la. Penat aku nak explain. Serabut.





Paradox banyak digunakan dalam penulisan literature terutamanya literature dolu dolu. Orang dolu dolu kan cakap x starightforward main berkias kias. Orang sekarang ni je yang berkais kais. Cakap direct je.

Paradox akan buat literature tu jadi sedikit menarik. N supaya orang x bosan. Menarik sikit kalau readers yang try to find out the meaning. Takkan la semua nak kena suap je. Bak kata William Shakespeare.


Orang dolu dolu: Di sini izinkan saya mendendangkan sebuah melodi indah hasil nukilan saya sendiri. Tiada kata seindah bahasa, tiada irama seindah melodi syurga, tiada purnama seindah yang malam tadi, dan tiada puitis seindah ini.*tetibe. Semoga menjadi halwa telinga pendengar semua.

Orang zaman kini: Woi semua!! Ni aku nak main sikit ni. Dengar tau.






Kenapa pulak aku pilih Paradox utk nama blog aku?
Nak buat camne,blog aku. Suka hati aku la.



Sekian.

1 comments:

ezatieya said...

i like!

Post a Comment

Powered by Blogger.