Assalamualaikum
Manusia selalu tak bersyukur dangan apa yang mereka ada. Tapi kebanyakannya bukan tak bersyukur, mereka hanya lupa bersyukur. Jadi sama samalah saling mengingati sesame manusia.
Ini ada satu kisah. Kisah benar kawan aku. Kitaorang sekolah menengah kat sekolah yang sama.
Dia ni memang terkenal sebagai budak yang excellent dalam study. Nak kata dia ni rajin study takde la sangat aku rasa. Tapi entah macam mana, asik asik muka dia je yang score. Asik asik dia je yang naik pentas dapat hadiah. Rezeki dia la kan nak buat macam mana. Okay, yang tu boleh tolak ke tepi dulu. Kita ke tengah semula.
Tapi tu bukan penting sangat bagi dia sebenarnya. Disebabkan dia kawan baik aku (baik la jugak) dia ada bagitau aku something. Btw, kat sekolah dulu memang ramai yang share rahsia depa dengan aku. Berkepuk-kepuk dah rahsia diorang aku pegang.HAHA.
Dia tak solat. Ya, itulah sebabnya dia rasa dia tak layak dapat semua ganjaran tu. Lebih teruk lagi, dia just bermuka muka saja. Means that, dekat sekolah dia solat. Jemaah lagi tu. (kitaorang sekolah asrama) Dekat rumah jangankan jemaah, solat pun tidak. Aku Tanya dia, tak pernah terdetik ke rasa nak ubah diri tu wahai sahabatku?Aku tidak mahu segala anugerah yang telah kau dapat itu membawa kau lebih jauh tersasar dari landasan kebenaran. *Yup kitaorang memang borak borak guna gaya bahasa camtu, baru ada style. Skema itu style.
Cantik gambar ni. HEHE
Menurut kata tuan punya badan itu, setiap kali balik cuti memang dia niat nak berubah. Tapi mcm tu jugak. Sampailah akhir tahun form 5. Dalam hati aku, boleh ke dia ni excellent SPM. Entah entah Allah nak uji dia je sepanjang ke-excellent-an dia dlm exam lepas-lepas tu dan kalau dia tak berubah jugak, Allah gagalkan dia. But not, kejayaan dia lebih dahsyat daripada biasa. Bertuah punya budak.
After SPM, dia study kat satu institusi ni.*Nama institusi dirahsiakan. Ehem.Okaylahh ye aku xtau dia kat mana.* Dia dapat sebilik dengan orang Islam yang tak solat. Langsung. Dia tengok roommate dia tu dengan pandangan rendah. Ye la kan takkan la nak pandang tinggi orang yang tak solat ni. Dalam hati dia cakap macam ni.
“ Eeii.. nama je Islam tapi tak solat.Mentang mentang lah family kau takde kat sini, suka hati kau je. Nasib baik kau roommate aku, terpasa aku kawan dgn kau.Kalau tak, mimpilah kau. Nak tegur kau, nak cakap hai kat kau pun aku x hingin la wei.”
Tiba-tiba terkena kat dia sendiri. Dia mula terfikir. “ Entah-entah dulu orang pun pandang aku macam tu. Tapi aku lagi teruk daripada roommate aku ni sebab aku bermuka-muka.” Dan dia tengok roommate dia tu seolah-olah roommate dia tu adalah dia. Macam ni ke aku dulu, teruknya.
Dialog di atas diedit sesuka hati oleh tuan punya blog.
Gambar hiasan
Then, sejak daripada tu, dia mula solat 5 waktu. Alhamdulillah. Dia dapat hidayah bila ber-roomate-kan orang yang tak solat. Nampak kan, hidayah Allah datang dalam macam-macam cara. Tapi, menurut kawan aku tu, dia tak pernah tegur roommate tercinta dia. Maybe belum sampai tahap keberanian dia. Its okay my fren, InshaAllah dia berubah. Kau doakan je la yg terbaik kat roommate kau tu.
But the bad news, kawan aku punya study sekarang Ya Allah, hampeh. Dan itu membuatkan dia banyak kali mengadu kat aku. Alolololo. Mengadu lagi. Tak habis-habis. Nak kena sepak?
Dia selalu berfikir.
‘Dulu aku tak solat, selamba je hidup okay je, study pun gempak. Dulu aku doa nak berjaya, Allah makbulkan.’
‘Sekarang, solat tak tinggal. Yang sunat-sunat tu aada la jugak buat. Tapi study hampeh. Puas dah doa, camtu jugak.’
‘Kenapa?Kenapa?Kenapa?’
Oh yeah?
Kenapa? Adakah apa yang dia buat sekarang ni salah? Solat, puasa, baca Al Quran. Of course not. Tak sama sekali. Benda-benda tu kan wajib. Jelas-jelas la apa yang dia buat duluduludulu tu salah. Tapi kenapa result dia jadi begini?
Satu je sebabnya.
Yup, kita kena tau apa yang berlaku tu PASTI ada hikmahnya. Allah dah janjikan bagi sesiapa yang taat padaNya akan dapat ganjaran yang setimpal. Just go on with the good things u’ve been done. There must be a reason for anything. You may not know but surely, Allah knows.
Jangan tanya aku :
1 1 Siapa nama kawan aku tu.
2 2 Kat mana dia study sekarang n dulu dulu.
3 3 Apa course dia ambik.
4 4 Gender dia.
5 5 Kenapa aku taknak jawab soalan 1-4
Sekian. Semoga sama-sama dapat muhasabah.
FYI, aku dah mintak permission dah dengan dia untuk post cerita ni yek. Tapi kalau tak mintak pun aku post jugak. Nak buat camne, blog aku. Suka hati aku la.
4 comments:
lepak cni jap..ngee~
leli psycho-path. she heard to other people secrets but never share her secret with others. haha
el even-amboi hang.. hang bole lepak sini aku xleh lepak kat tmpat hang T^T
ezatieya-i DO share my secret lahh
Post a Comment