Sebenarnya memang dah lama aku nak
cakap pasal ni. Sebelum aku ada blog lagi. Then, bila dah wujud blog ni, lupa
pulak dah. Sekarang dah ingat balik. Itupun lepas aku terbaca status ni kat
facebook.
Okay. First skali, no offense ye.
Entry ni based on pendapat aku je. Kalau x setuju boleh blah. layangkan
pendapat2 korang kat blog masing2. Takpun kat wall @ timeline FB korang. Takpun
korang bagitau kat sapa2 yang tengah bosan. Bagi yang suka menulis tu bolehlah
luahkan isihati korang kat dalam test pad dalam kira2 2-3 page. Tulis dalam
diari pun boleh. Taknak buat apa2 lagi bagus. Tak de la nak menyusahkan orang.
Cakap pasal comparison between Korea
and Jepun ni, skop dia luas sesangat. So aku nak kecikkan skop ni kepada drama.
Tak cukup dgn tu, aku nak kecikkan lagi kepada cite Boys over Flower/BOF
(Korean) n Hana Yori Dango/HYD (Japanese).
BOF |
HYD |
Ya aku taw cite ni dah lama. Suka
hati aku la.
Personally, I think HYD is much much
better. Mula-mula aku tak taw pun HYD ni adalah BOF versi Jepun. Lepas beberapa
ketika baru aku taw. Eh, macam x penting je point ni.
So, bila aku balik rumah, tengok2
dua2 versi ada kat rumah. Aku dalam dilemma. Tak taw nak tengok yang mana satu.
Disebabkan dilemma yang melanda aku mengunci diri di dalam bilik. Lama jugak la
aku kat dalam bilik. Sampai bersawang. Aku tak sedar pun aku dah bersawang.
Akhirnya aku managed 2 make up my mind. Aku pilih HYD. Dengan aku yg tgh
bersawang sawang tu jugak, aku tgk HYD.
Berikut adalah reason kenapa aku
pilih HYD:
Episod yg sikit compared to BOF.
Hehe. Sebenarnya aku check balik, lbih kurg
sama je sebab HYD ada 3 seasons.
Time aku tengok HYD, aku tak boleh
stop. Best gilerrrrrrr wa cakapp luuuu… Siyes tak tipu. Drama ada, lawak ada,
sedih ada, inspirational ada.. B4 aku tengok cite tu, kakak2 aku slalu la jugak
dengar OST cite tu. Planetarium. Aku benci gile. Tapi sekarang ni, aku sukaaaa
gile ngan lagu tu. Lagu tu mmg bukan type aku tp nak buat macam mana. Dah
tersuka. Pastu kan, bila lagu tu ada kat dalam cite tu, naik bulu roma aku.
Darah aku pun naik sampai ke otak. Aku dapat rasa darah aku mengalir lebih
cepat dari hujung kaki ke hujung kepala. Jantung aku pun berdetak lebih kencang
seperti genderang mau perang.
Habis aku tengok HYD 1,2,3. Puas
hati aku.
Korang jangan menyibuk |
Lepas tu, aku tengok BOF pulak. Aku
excited nak tengok sebab aku memang nak tengok pun. Pengaruh rakan sebaya lah
katakan..Memang tak dinafikan la OST BOF semua lagi best. Pelakon2 pun mmg lagi
kacak bergaya anggun menawan hati kalau nak dibandingkan dengan HYD. Tapi tak
tau kenapa, aku tengok eps 1,2,3,4, then tertido. Overdose kot.
Aku terbangun dari tido. Aku sambung
tengok episode 6. Dah habis episode 6, baru aku perasan aku x tengok episode 5.
Pastu aku give up. Sampai sekarang aku tak tengok. Wakaka.
Bukan aku |
Kesimpulannya, aku suka Hana Yori
Dango.
N aku anti sikit ngan Boys Over
Flowers. Tak menyengat jiwa aku. Tak tau la knapa. Maybe sebab aku tengok HYD
dulu kot. Then bila tengok BOF, jadi bohsan. Al maklum la da taw jalan cite.
Atau maybe aku pandang serong kat BOF sebab dia tiru versi Jepun.*Sambil ketawa macam Misae.
Pic untuk korang cuci |
Tapi bagi aku, aku mmg lagi prefer
cite Jepun. Cite Jepun ni x meleret-leret sgt mcm Korea nun. Kalau tengok cite
Jepun, mata aku melekat kat skrin laptop. Tapi kalau cite Korea, aku rasa nak
skip je part2 yang x penting. Part2 flashback tringat memori lama contohnya.
Buat apa nak tengok lagi sekali benda
yang dah ditengok.Tapi kalau aku tengah layan tu kadang2 aku layan
sekali flashback2 tu. Layan lagu dia best jugak.
Berbalik kpd cite Jepun, ianya
sangat padat. Sebab tu la mostly, episode2 diorg ciput je. 11 episod pun dah
rasa byk. Actually aku agak pelik camna diorg boleh kurangkan episode, dalam
masa yang sama elemen2 part tak penting yang lawak tetap ada. Thumbs up!!
Cite Korea ni aku susah sikit nak
stat tengok. Panjang sangat. Agak2 kalau tgk cite Korea ni boleh dpt tgk 2 cite
Jepun. Tapi kalau dah stat tengok tu, layan habis. Best best cite Korea ni
kalau nak layan mood slow. Sebabnye diorg pandai main ngan emosi penonton.
Cewah.
Tak macam Jepun. Korea ni, kalau orang tengok, boleh nangis. Dalam cite
yang putus cinta, tapi nangis macam dia yang clash ngan pakwe dia. Bak kata
orang, fail exam pun tak nangis macam tu. Sampai macam tu skali.
Lagi satu, aku hampir2 nak sepak je
cite Korea ni sebab asik2 love story. Bukannye ape, tak kena dengan jiwa aku. Konon.
HAHA. Cite Jepun ni variasi sikit. Macam macam ada. Watak pun macam macam ada. Watak yang tak disangka2. Tak klise. Kreatif.
Kenapa Korea asik buat cite jiwang je????? Kenapa? Kenapa? Atau maybe byk je
cite yang tak jiwang diorg buat tapi tak berjaya tembus Malaysia kot. Sebab org
Msia ni jiwang2 belaka.
Cite Korea asik2 ada hero ptama,
hero ke2, heroin ptama, heroin ke2. Pastu mesti hero ke2 tu sgt caring n daring
n charming compared dgn hero ptama. Heroin ke2 pulak lagi elegant n modern n
matured compared to heroin ptama. Isk. Isk.
Tapi aku sekarang ni tgh tgk cite
Shining Inheritance. Cite Korea. Cite lama kot. Jalan cite dia macam cite
Melayu. Yup. Sebab tak focus sgt pasal love story. Setakat ni la. Emm tapi
tpaksa stop kejap. Cuti nanti nak sambung tengok. J
Shining Inheritance.X dapat copy dalam laptop. Tu la padahnya kalau laptop full sgt dgn movie2. |
Tapi dalam bab bab kehenseman
kecantikan kecomelan pelakon2, for sure lah Korea menang. Tak salah lagi. Kalau
nak cuci mata memang sesuai sgt la tengok cite Korea. Nak tengok pelakon laki
Jepun yg betul2 boleh di-admire oleh gadis2 agak susah. Korea jugak jadi
pilihan.
Klik pic ntuk tumbesaran in case kalau nak cuci mata. |
Berikut adalah bbrapa pandangan orang orang orang orang related to this issue.
1.
Sorang kawan aku cakap cite Jepun
macam cite Melayu. Cite Korea macam cite Indon.
2.
Salah sorang kakak aku cakap kalau
tengok cite Korea kat tv, dia tak bernafas sampai lah iklan.
3.
Sorang anynonyms cakap pelakon Jepun
lebih aggressive. So, cite Jepun lebih bsemangat.
4.
Salah sorg kakak aku cakap cite
Korea mmg klise. Tapi must watch.
5.
Senior aku cakap tengok cite Jepun
buatkan dia berfikir. Sebab dia kata cite Jepun ni ber’otak’ sikit.
6.
Sorang kawan aku pulak cakap tengok
cite Korea bagus untuk hilang stress.
Tu saje. Lantak korang la nak suka Jepun
ke Korea ke. Setiap orang ada pilihan msing2. Ada aku kisah?
Lastly. Aku sekarang tengah layan
Ikemen desu ne. You’re Beautiful versi Jepun.
U're Beautiful |
Ikemen Desu ne. Kakak aku kutuk abis cite ni. Kecewa aku. |
Suka hati aku la nak bagitau
ape.
Sebelum korang blah dari page ni, nak tanya. Sapa dapat teka ada lirik lagu apa kat dalam entry ni?
Sila teka.
All pictures credit to Google
2 comments:
berdetak lebih kencang seperti genderang mau perang. xengt la tjuk. sedang ingin bercinta ke?
bravo..!!
Post a Comment